Adanya unsur-unsur batil dalam jualbeli itu iaitu:
- riba
- syubhah
- penipuan
- kemungkaran
- judi
- maksiat
- najis
- dan sebagainya
- Bertentangan dengan hukum syarak seperti ditetapkan dalam al-Quran dan Hadith.
- Kesannya pelakunya akan menerima balasan dari Allah atas dosa-dosanya itu.
Jual Beli Tidak Sah
Tidak menepati rukun-rukun dan syarat-syarat jualbeli.
Seperti penjual atau pembeli tidak sempurna akal, dipaksa, harga atau kuantiti barang tidak jelas dan sebagainya.
- Kesannya: tidak sah pertukaran milik antara penjual dan pembeli. Oleh itu pemilikan harta juga dihukumkan tidak sah.
Jenis jual beli yang diharamkan itu banyak dan para ulama mengkategorikannya kepada dua iaitu:
- Jual beli yang haram tetapi sah.
- Jual beli yang haram dan tidak sah.
1. Jenis jual beli yang haram tetapi sah
Di antara bentuk jual beli ini ialah:
- Membeli atas belian orang lain dengan cara mengatasi harganya.
- Seorang pembeli telah bersetuju untuk membeli sesuatu barangan daripada pihak penjual lalu datang pembeli kedua hendak membeli barangan itu daripada penjual yanga sama dengan menawarkan harga yang lebih tinggi daripada pembeli pertama tadi.
- Perbuatan ini adalah ditegah kerana boleh menimbulkan kemarahan dan menyakiti hati pembeli pertama.
Hadith Rasulullah SAW:
Ertinya: "Tidak harus menawar seorang Muslim atas tawaran seorang Muslim."
2. Mengatasi jualan orang lain semasa dalam khiyar.
- Seorang penjual telah bersetuju untuk menjualkan barangannya kepada pembeli dan pembeli meminta tempoh khiyar selama tiga hari. Dalam tempoh masa khiyar ini datang pula penjual kedua menawarkan kepada pembeli itu tadi barangan yang serupa dengan harga yang lebih murah dan meminta pembeli itu membatalkan kontrak belian yang pertama tadi.
- Perbuatan seperti ini ditegah kerana mendatangkan perasaan marah dan menyakiti hati penjual pertama.
Larangan ini berdasarkan hadith Rasulullah SAW daripada Ibnu Umar:
Ertinya: "Janganlah seseorang daripada kamu menjual sesuatu atas jualan orang lain."
3. Menyekat di tengah perjalanan pedagang atau penjual yang datang dari kampung sebelum mereka memasuki kota atau bandar sedang orang-orang kampung itu tadi tidak mengetahui harga pasaran semasanya di kota.
Hal ini dilakukan supaya:
- Penyekat itu dapat membeli barangan daripada pedagang atau penjual dari kampung tersebut dengan harga yang semurah-murahnya dan menjualkannya di kota dengan harga yang setinggi-tingginya.
Hal sedemikian ditegah oleh Rasulullah SAW di dalam sebuah Hadith baginda yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas:
Ertinya: "Daripada Ibnu Abbas RA berkata, telah bersabda Rasulullah SAW: Janganlah kamu temui orang yang berkenderaan itu (orang yang membawa barang-barang penting ke bandar) dan tidak menjual orang hadir (bandar) barang-barang yang dibeli daripada orang desa"
Jual beli ini dinamakan sebagai Talaqi ar-Rukhban
4. Bal' al-Haadiri lilbaadi
- Peniaga di bandar mengambil alih barangan jualan orang-orang pedalaman yang hendak menjual barangan mereka dengan harga mereka sendiri.
- Tujuan peniaga bandar itu adalah untuk dijual secara runcit dengan harga yang lebih mahal.
- Rasulullah SAW melarang urusniaga seperti ini untuk menghapuskan ejen atau orang tengah di antara petani atau pengeluar dengan pembeli yang menyebabkan berlakunya pemerasan ke atas pengguna.
Pengharaman ini berdasarkan Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar:
Ertinya: "Sesungguhnya Nabi bersabda: Janganlah orang bandar membeli daripada orang kampung dengan mendakwa bahawa Allah SWT akan meluaskan rezeki seseorang terhadap yang lain."
5. Jualan Tanajasyu atau an-Najasyi
- Maksudnya membeli barangan dengan harga yang mahal daripada biasa sedangkan barangan itu tidak perlu baginya, cuma suatu pakatan di antara penjual dan pembeli untuk mengelirukan orang ramai.
- Tujuannya hanyalah untuk menyekat orang lain daripada memiliki barang tersebut. Dan apabila orang ramai menghendakinya maka mereka akan mendapatkannya dengan harga yang mahal.
Larangan ini termaktub dalam sebuah Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar:
Ertinya: "Rasulullah SAW telah menegah daripada mengadakan najasyi"
6. Membeli barangan keperluan orang ramai dengan banyak dengan tujuan untuk disorok dan disimpan sedangkan pada waktu itu masyarakat amat memerlukan barangan tersebut.
- Tujuan barangan itu disorok dan disimpan apabila masyarakat mahu mendapatkannya akan dapat dijual dengan harga yang mahal dan mencari keuntungan yang lebih besar.
Cara begini adalah berdosa seperti di dalam Hadith riwayat Ma'mar:
Ertinya: "Rasulullah SAW bersabda: barangsiapa yang menyimpan barang dengan sengaja supaya mahal harganya maka dia berdosa"
7. Menjual barangan yang akan digunakan oleh pembeli untuk tujuan maksiat.
Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 2:
Tafsirannya: "...dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan..."
8. Menjual dengan cara menipu seperti menjual buah-buahan dengan menyembunyikan buah yang buruk di dalam longgokkan buah yang baik atau segar.
Hadith diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA sabda Rasulullah SAW :
Ertinya; "Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW pernah lalu di pasar yang dilonggokkan makanan dan akan dijual. Kemudian baginda memasukkan tangannya ke dalam guni gandum tersebut dan didapatinya yang di bawah adalah basah lalu baginda bertanya: Apa ini wahai tuan punya barang, lelaki itu berkata: Ia terkena hujan wahai Rasulullah, baginda bersabda lagi: Harap engkau tidak letakkan ia di bawah supaya boleh dilihat orang, baginda menambah sabdanya lagi: Sesiapa yang menipu kami maka dia bukan daripada kami".
9. Menjual benda-benda najis
- Seperti anjing, babi, arak dan sebagainya.
Larangan ini berdasarkan kepada Hadith yang diriwayatkan datipada Jabir Ibnu Abdullah RA:
Ertinya: Daripada Jabir bahawa dia telah mendengar Rasulullah SAW bersabda pada tahun pembukaan kota Mekah: "Bahawa Allah dan Rasul-Nya mengharamkan jualan arak, bangkai, babi dan berhala"
10. Jual beli yang dilakukan ketika sembahyang Jumaat.
- Bermula setelah azan kedua sembahyang Jumaat hingga selesai sembahyang Jumaat didirikan.
- Pengharaman ini berlaku ke atas mereka yang memenuhi syarat-syarat wajib sembahyang Jumaat ke atasnya.
Firman Allah SWT dalam surah al-Jumu'ah ayat 9":
Tafsirannya: "Wahai orang-orang yang beriman apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang Jumaat pada hari Jumaat maka bersegeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah dan tinggalkan berjualbeli".